MasterCard Antarabangsa :


Dasar Privasi Global

Tarikh berkuat kuasa: February 15, 2013

MasterCard International, Incorporated. (menjalankan perniagaan sebagai MasterCard Worldwide) dan sekutunya (secara kolektif, "MasterCard") menghormati privasi anda. Dasar Privasi Global ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan, bagaimana kami menggunakan maklumat dan dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut, dan juga pilihan-pilihan yang boleh anda buat berkenaan penggunaan maklumat tersebut oleh kami. Kami juga akan menjelaskan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi keselamatan maklumat dan bagaimana anda boleh menghubungi kami berkenaan amalan privasi kami. Amalan privasi kami mungkin berbeza dalam kalangan negara di mana kami beroperasi untuk mencerminkan amalan dan keperluan undang-undang tempatan.

Klik salah satu pautan di bawah untuk beralih ke bahagian yang disenaraikan:

Maklumat yang Kami Kumpul
MasterCard boleh mendapatkan maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber. Kami mungkin mendapatkan maklumat anda melalui peranan kami sebagai pemproses urus niaga kad bayaran. Kami juga mungkin mempunyai hubungan secara langsung dengan anda, dan anda boleh memilih untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami melalui hubungan tersebut.

Sebagai pemproses urus niaga kad bayaran dan penyedia perkhidmatan yang berkaitan, kami memperoleh maklumat peribadi anda daripada institusi-insitusi kewangan dan entiti-entiti lain yang berkaitan dengan urus niaga kad bayaran anda. Kami juga mungkin mendapatkan maklumat anda daripada syarikat-syarikat yang menggunakan produk-produk atau perkhidmatan MasterCard, sistem-sistem maklumat yang terbuka kepada awam, agensi-agensi pelaporan pengguna dan perkhidmatan-perkhidmatan maklumat komersil.

Selain itu, anda boleh memilih untuk mengemukakan maklumat secara langsung kepada kami. Anda boleh berbuat demikian, sebagai contoh, di laman-laman web kami, melalui produk atau perkhidmatan MasterCard, apabila anda menyertai dalam tawaran istimewa atau promosi atau melalui hubungan perniagaan sebenar atau yang berpotensi atau hubungan pekerjaan dengan kami.

Jenis-jenis maklumat peribadi yang mungkin kami dapatkan ialah:

  • Maklumat hubungan (seperti nama, alamat pos atau e-mel dan nombor telefon atau faks)
  • Maklumat hubungan perniagaan (seperti jawatan, jabatan dan nama organisasi)
  • Nama pengguna dan kata laluan
  • Maklumat kad bayaran
  • Maklumat kewangan (seperti maklumat akaun kewangan dan maklumat yang mungkin terkandung dalam laporan pengguna)
  • PIN atau kod akses (seperti kod SecurID® atau SoftID®)
  • Maklumat hubungan untuk rakan atau orang lain yang anda ingin kami hubungi
  • Isi kandungan yang anda berikan (seperti gambar foto, artikel-artikel dan komen)
  • Maklumat pekerjaan
  • Pengecam peranti mudah alih unik
  • Pengecam Media Sosial (seperti pengenalan diri Facebook)
  • Data lokasi geografi
  • Maklumat lain (seperti keutamaan dan tabiat membeli-belah, keutamaan bahasa, umur, tarikh lahir, jantina dan status keluarga)

Kami mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik, seperti melalui kuki (‘cookie’) dan bikon web (‘web beacons’), apabila anda melawat laman web kami. Maklumat yang kami kumpulkan melalui cara ini termasuk alamat IP, jenis penyemak seimbas (‘browser’), sistem operasi, URL rujukan, maklumat mengenai tindakan-tindakan yang diambil di atas laman web serta tarikh dan masa melawat laman web.

"Kuki" ialah kandungan fail teks yang diletakkan dalam cakera keras komputer atau memori peranti mudah alih anda oleh pelayan web. "Bikon web", yang juga dikenal sebagai tag Internet, tag piksel atau GIF jelas, digunakan untuk menghantar semula maklumat ke pelayan web.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat yang Dikumpul
Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami perolehi tentang anda untuk:

  • Memproses urus niaga kad bayaran anda (termasuk kebenaran, penjelasan, pembayaran, caj balik dan aktiviti berkaitan penyelesaian pertikaian yang lain)
  • Melindungi dan mencegah penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan liabiliti lain, dan menguruskan pendedahan risiko dan kualiti francais
  • Mewujudkan dan menguruskan akaun dalam talian anda dan menjawab pertanyaan anda
  • Menyediakan, mentadbir dan memberitahu anda tentang produk, perkhidmatan dan promosi (termasuk pertandingan, program dan tawaran lain
  • Menerbitkan direktori perniagaan (yang mungkin termasuk maklumat hubungan perniagaan)
  • Mengendalikan, menilai dan meningkatkan perniagaan kami (termasuk membangunkan produk-produk dan perkhidmatan baru; menguruskan komunikasi kami; menentukan keberkesanan pengiklanan kami; menganalisis produk, perkhidmatan dan laman web kami; memudahkan fungsian laman web kami; dan menjalankan aktiviti perakaunan, pengauditan, penghantaran bil, penyelarasan dan pungutan)
  • Memantau penggunaan dan menambah baik aset interaktif kami
  • Menjalankan analisis data (termasuk merahsiakan identiti maklumat peribadi)
  • Menilai minat anda dalam pekerjaan dan menghubungi anda tentang peluang pekerjaan dengan MasterCard
  • Menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami
  • Mematuhi keperluan undang-undang serta piawaian industri terpakai dan dasar kami
  • Kami juga mungkin menggunakan maklumat melalui cara lain yang mana kami akan memberikan notis khas pada masa pengumpulan.

Kembali ke atas

Maklumat yang Kami Kongsi
Kami tidak menjual atau mendedahkan maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan, kecuali seperti yang diterangkan di sini atau yang didedahkan kepada anda semasa data dikumpul. Kami berkongsi maklumat untuk melaksanakan urus niaga kad bayaran dan aktiviti lain yang anda pohon. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang telah dikumpulkan dengan sekutu kami, institusi kewangan yang mengeluarkan kad bayaran atau yang memproses urus niaga kad bayaran, entiti yang membantu mencegah penipuan kad bayaran dan pedagang. Sebagai contoh, dalam konteks ini kami memberikan institusi kewangan maklumat tentang urus niaga pemegang kad mereka yang diproses oleh MasterCard. Selain itu, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga yang lain dengan persetujuan individu yang berkaitan dengan maklumat tersebut.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan penyedia perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami. Kami tidak memberikan kebenaran kepada penyedia perkhidmatan ini untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat kecuali sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak kami atau untuk mematuhi keperluan undang-undang. Kami menghendaki penyedia perkhidmatan ini secara kontrak untuk melindungi sewajarnya privasi dan keselamatan maklumat peribadi yang diproses bagi pihak kami.

Di laman-laman web kami, anda boleh memilih untuk menggunakan ciri-ciri tertentu yang mana kami kongsi dengan entiti lain. Ciri-ciri ini, termasuk rangkaian sosial dan alat lokasi geografi, dikendalikan oleh pihak ketiga yang tidak bergabung dengan MasterCard. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan maklumat peribadi menurut dasar privasi mereka sendiri. Pada laman web yang menawarkan ciri ini, pihak ketiga yang berkaitan itu telah dikenal pasti di laman web. Kami mencadangkan supaya anda menyemak dasar privasi pihak ketiga tersebut jika anda ingin menggunakan ciri yang berkaitan.

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat anda (i) jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang, (ii) kepada pihak penguatkuasa undang-undang atau pegawai-pegawai kerajaan yang lain, atau (iii) apabila kami percaya pendedahan adalah perlu atau wajar untuk mencegah kemudaratan fizikal atau kerugian kewangan, atau perkara yang berkaitan dengan penyiasatan penipuan yang disyaki atau yang sebenar atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Kami juga berhak memindahkan maklumat peribadi anda yang ada pada kami jika kami menjual atau memindahkan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami. Sekiranya penjualan atau pemindahan itu berlaku, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mengarahkan penerima pindahan supaya menggunakan maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami dengan cara yang selaras dengan Dasar Privasi Global kami. Berikutan penjualan atau pemindahan tersebut, anda boleh menghubungi entiti yang telah kami pindahkan maklumat peribadi anda kepadanya untuk apa-apa pertanyaan tentang pemprosesan maklumat tersebut.

Kembali ke atas

Hak dan Pilihan Anda
Anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu berhubung dengan maklumat peribadi anda yang kami simpan. Kami menawarkan anda pilihan tertentu mengenai jenis maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana kami berkomunikasi dengan anda.

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada MasterCard dengan berhenti daripada menjalankan urus niaga kad bayaran menggunakan kad bayaran. Anda juga boleh berhenti daripada mengemukakan maklumat secara terus kepada kami.

Anda boleh memilih untuk tidak mempunyai nombor pengenalan kuki yang unik yang diperuntukkan kepada komputer anda bagi mengelakkan pengagregatan dan analisis data yang dikumpul di laman web kami. Jika anda ingin pilih-keluar, klik di sini. Kebanyakan penyemak imbas akan memberitahu anda cara menghentikan penerimaan kuki baru, cara pemberitahuan apabila anda menerima kuki baru dan cara melumpuhkan kuki sedia ada. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tanpa kuki anda mungkin tidak dapat memanfaatkan semua ciri laman web kami sepenuhnya.

Anda boleh pilih-keluar kegunaan tertentu maklumat anda yang telah kami kumpulkan secara automatik apabila anda melawat laman web yang lain. Kami juga boleh, secara khusus, menggunakan penyedia perkhidmatan untuk menyiarkan kandungan di laman web pihak ketiga. Penyedia perkhidmatan mungkin menggunakan kuki apabila mereka menyampaikan iklan kepada anda. Anda boleh mengarahkan penyedia perkhidmatan kami supaya tidak menggunakan kuki apabila hendak menyampaikan iklan kepada anda dengan mengklik Pilih-keluar kuki.

Anda boleh, pada bila-bila masa, memberitahu kami supaya tidak menghantar komunikasi pemasaran melalui e-mel dengan mengklik pautan henti-langgan dalam e-mel pemasaran yang anda terima daripada kami atau dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima e-mel pemasaran daripada MasterCard dengan mengklik di sini.Anda boleh berhenti menerima kiriman pos pemasaran daripada MasterCard dengan mengikut arahan pilih keluar yang mungkin dimasukkan dalam promosi tertentu. Anda juga boleh memilih keluar daripada menerima kiriman pos promosi daripada kami dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Anda mungkin menerima kiriman pos promosi daripada entiti lain yang mengandungi logo MasterCard, Maestro atau Cirrus. Sila hubungi entiti tersebut untuk melaksanakan pilihan anda berhubung dengan komunikasi ini. Seperti yang ditunjukkan di atas, kami boleh merahsiakan maklumat peribadi untuk melaksanakan analisis data. Untuk pilih keluar, klik di sini.

Jika majikan anda memberikan maklumat peribadi anda kepada MasterCard, anda mungkin mempunyai pilihan tertentu berkenaan penggunaan atau pendedahan maklumat oleh MasterCard. Sila hubungi majikan anda untuk mengetahui dan mengubah pilihan anda.

Anda boleh menarik balik apa-apa persetujuan yang pernah anda berikan kepada kami, atau membantah pada bila-bila masa atas alasan yang sah, terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami akan mengguna pakai keutamaan anda pada masa hadapan. Dalam sesetengah keadaan, dengan penarik balikan persetujuan anda terhadap penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda oleh MasterCard akan menyebabkan anda tidak dapat memanfaatkan produk atau perkhidmatan tertentu daripada MasterCard.

Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, anda boleh mengarahkan kami supaya tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali (i) dengan penyedia perkhidmatan kami yang dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, (ii) jika kami menjual atau memindahkan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami, (iii) jika pendedahan dikehendaki oleh undang-undang atau proses undang-undang, (iv) dengan pihak penguatkuasa undang-undang atau pegawai kerajaan yang lain atau (v) apabila kami percaya bahawa pendedahan adalah perlu atau wajar untuk mengelakkan kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, atau yang berkaitan dengan penyiasatan penipuan yang disyaki atau yang sebenar atau aktiviti menyalahi undang-undang yang lain. Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, kami menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan dalam dasar ini, melainkan kami mempunyai asas undang-undang, seperti persetujuan, untuk menggunakannya atas tujuan lain. Apabila dikehendaki oleh undang-undang, MasterCard akan mendapatkan persetujuan pilih-masuk terlebih dahulu daripada anda pada masa pengumpulan untuk pemprosesan (i) maklumat peribadi untuk tujuan pemasaran dan (ii)maklumat peribadi yang dianggap sensitif menurut undang-undang yang terpakai.

Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, anda mungkin mempunyai hak untuk memohon akses kepada maklumat dan menerima maklumat berhubung dengan data peribadi anda yang kami uruskan, mengemas kini dan membetulkan ketidaktepatan data peribadi anda dan menyekat atau memadam maklumat sewajarnya. Hak untuk mengakses maklumat peribadi mungkin dihadkan dalam keadaan tertentu oleh keperluan undang-undang tempatan.
Sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah untuk mengemas kini keutamaan anda, memohon supaya kami mengeluarkan maklumat anda daripada senarai mel kami atau menyerahkan permohonan.

Kembali ke atas

Pindahan Data
Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan ke negara selain negara di mana maklumat itu pada asalnya dikumpulkan. Negara-negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda memberikan maklumat tersebut pada awalnya. Apabila kami memindahkan maklumat anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Global ini.

Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, kami mematuhi keperluan undang-undang yang memberikan perlindungan secukupnya untuk pemindahan maklumat peribadi ke negara di luar EEA atau Switzerland. MasterCard diperakui di bawah rangka kerja privasi Perlindungan Selamat (‘Safe Harbour’) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, Suruhanjaya Eropah dan Switzerland mengenai pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pemindahan dan pemprosesan lain data peribadi yang dipindahkan dari Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland ke Amerika Syarikat. Klik di sini untuk melihat Dasar Privasi Perlindungan Selamat (‘Safe Harbour Privacy Policy’) kami.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Peribadi
Kami sentiasa mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang sesuai yang dirangka untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berikan terhadap kemusnahan, kehilangan, pengubahan, akses, pendedahan, atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan. Kami menggunakan penyulitan SSL di beberapa laman web kami apabila kami memindahkan maklumat peribadi tertentu.

Kembali ke atas

Pautan ke Laman-Laman Web Lain
Laman web kami mungkin menyediakan pautan kepada laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman web ini mungkin beroperasi secara bebas daripada MasterCard. Laman pautan mungkin mempunyai notis atau dasar privasi mereka sendiri, dan kami amat sarankan supaya anda menyemaknya jika anda melawat mana-mana laman web yang dipautkan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web, apa-apa penggunaan laman web atau amalan privasi laman web bagi mana-mana laman web yang dipautkan yang anda lawati yang tidak dimiliki atau dikawal oleh MasterCard.

Kembali ke atas

Pengemaskinian Dasar Privasi Global Kami
Dasar Privasi Global ini akan dikemas kini secara berkala dan tanpa notis terlebih terdahulu kepada anda untuk menunjukkan perubahan dalam amalan maklumat peribadi kami. Kami akan menyiarkan notis yang dapat dilihat dengan jelas dalam laman web kami untuk memberitahu anda tentang apa-apa perubahan penting kepada Dasar Privasi Global kami dan akan ditandakan pada bahagian atas dasar tersebut apabila ia dikemas kinikan.

Kembali ke atas

Bagaimana Hendak Menghubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau komen tentang Dasar Privasi Global ini atau jika anda mahu supaya maklumat anda atau keutamaan anda yang ada pada kami dikemaskinikan, sila klik di sini. Anda juga boleh menulis kepada:
Global Privacy & Data Usage Officer
MasterCard Worldwide`
2000 Purchase Street
Purchase, New York 10577
USA
Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, MasterCard Eropah sprl mungkin menjadi entiti untuk pemprosesan maklumat peribadi anda. Untuk melaksanakan hak anda berkaitan akses, pembetulan, penyekatan, atau penghapusan atau untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda, hubungi kami dengan klik di sini atau menulis kepada kami di:
Global Privacy & Data Usage Officer
MasterCard Europe
Waterloo Office
Chaussée de Tervuren 198A
1410 Waterloo
Belgium

[an error occurred while processing this directive]