Mastercard - Notis Privasi Global

Tarikh Kuat Kuasa – 2 Jun 2015

Mastercard International, Incorporated. (menjalankan perniagaan sebagai Mastercard Worldwide) dan sekutunya (secara kolektif, "Mastercard") menghormati privasi anda. Notis Privasi Global ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan, bagaimana kami menggunakan maklumat, dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut, dan juga pilihan-pilihan yang anda boleh buat berkenaan penggunaan maklumat tersebut oleh kami. Kami juga akan menjelaskan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi keselamatan maklumat dan bagaimana anda boleh menghubungi kami berkenaan amalan privasi kami.

Entiti-entiti Mastercard yang bertanggungjawab ke atas pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dijelaskan di dalam Notis Privasi Global ini dinyatakan di bahagian Bagaimana Hendak Menghubungi Kami dalam dokumen ini.

Amalan privasi kami mungkin berbeza di kalangan negara di mana kami beroperasi untuk mencerminkan amalan dan keperluan undang-undang tempatan.

Klik salah satu pautan di bawah untuk beralih ke bahagian yang disenaraikan:



Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul

Mastercard boleh mendapatkan maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber.

Sebagai pemproses transaksi bayaran dan pembekal perkhidmatan yang berkenaan, kami memperolehi maklumat peribadi yang terhad tentang anda daripada institusi-institusi kewangan, peniaga-peniaga dan entiti-entiti yang lain berhubungan dengan transaksi bayaran anda.

Dalam konteks ini, kami akan menerima nombor akaun kad, nama dan lokasi peniaga, tarikh dan amaun keseluruhan transaksi. Penting sekali, kami tidak memerlukan nama pemegang kad atau maklumat hubungan yang lain untuk memproses transaksi bayaran.

Kami juga mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada syarikat-syarikat yang menggunakan atau memudahkan penggunaan produk-produk atau perkhidmatan Mastercard yang lain dan daripada sistem-sistem maklumat yang terbuka kepada awam.

Selain itu, anda boleh memilih untuk mengemukakan maklumat terus kepada kami melalui beberapa kaedah, termasuk: (i) di laman-laman web kami, (ii) sebagai maklumbalas kepada pemasaran atau komunikasi-komunikasi lain, (iii) melalui media sosial, (iv) dengan mendaftarkan diri untuk suatu produk atau perkhidmatan Mastercard, (v) melalui penyertaan dalam suatu penawaran, program atau promosi, atau (iv) melalui hubungan perniagaan sebenar atau yang berpotensi atau hubungan pekerjaan dengan kami. Anda juga boleh memilih untuk memberi kebenaran kepada pihak-pihak ketiga untuk menzahirkan maklumat tentang anda kepada kami yang telah dikumpulkan oleh pihak-pihak ketiga tersebut.

Jenis-jenis maklumat peribadi yang kami mungkin dapatkan atau yang mungkin anda pilih untuk kemukakan termasuklah:

  • Maklumat hubungan (seperti nama, alamat pos atau e-mel dan nombor telefon)
  • Maklumat hubungan perniagaan (seperti jawatan, jabatan dan nama organisasi)
  • Nama pengguna dan kata laluan
  • Maklumat akaun bayaran
  • Maklumat hubungan untuk rakan atau orang lain yang anda ingin kami hubungi
  • Isi kandungan yang anda berikan (seperti gambar-gambar, artikel-artikel dan komen-komen)
  • Isi kandungan yang anda kemukakan melalui akaun-akaun media sosial atau keahlian dengan pihak-pihak ketiga
  • Pengecam unik peranti mudah alih
  • Data lokasi geografi
  • Maklumat lain (seperti keutamaan dan tabiat membeli-belah, keutamaan bahasa, umur, tarikh lahir, jantina dan status keluarga)

Kami, pembekal-pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi kami mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik, seperti kuki (‘cookie’) dan bikon web (‘web beacons’), apabila anda berinteraksi dengan iklan-iklan, aplikasi-aplikasi mudah alih kami, atau melawati laman-laman web, halaman-halaman atau aset-aset digital kami yang lain. Maklumat yang kami kumpulkan melalui cara ini mungkin termasuk : alamat IP, jenis penyemak seimbas (‘browser’), sistem operasi, URL rujukan, maklumat mengenai tindakan-tindakan yang diambil atau interaksi dengan aset-aset digital kami. "Kuki" ialah fail teks yang diletakkan dalam cakera keras komputer oleh pelayan web. "Bikon web", yang juga dikenali sebagai tag Internet, tag piksel atau GIF yang jelas, digunakan untuk menghantar semula maklumat kepada suatu pelayan web.

Kami mungkin akan menggunakan perkhidmatan laman analisis pihak ketiga di laman-laman web kami dan aplikasi-aplikasi mudah alih, seperti yang terdapat di Adobe Omniture. Pembekal-pembekal analisis yang melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan ini menggunakan teknologi-teknologi seperti kuki dan bikon web untuk membantu kami menganalisis bagaimana pelawat-pelawat menggunakan laman-laman web dan aplikasi-aplikasi kami.

Kami, pembekal-pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi kami juga mungkin mengumpulkan maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti anda di laman-laman web dan aplikasi-aplikasi kami untuk penggunaan bagi membekalkan kepada anda dengan isi kandungan dan pengiklanan yang disesuaikan dengan minat individu anda. Maklumat yang dikumpul untuk tujuan-tujuan ini mungkin termasuk butiran-butiran tentang perkara seperti halaman-halaman tertentu atau iklan-iklan tertentu yang anda lihat pada laman-laman web kami dan juga tindakan-tindakan yang anda ambil pada laman-laman web dan aplikasi-aplikasi kami. Sila lihat bahagian “Hak-Hak dan Pilihan-Pilihan Anda” dalam Notis Privasi Global ini untuk ketahui tentang kebolehan anda, pada bila-bila masa, untuk pilih-keluar atau mengehadkan tabiat penggunaan penyemak seimbas anda bagi tujuan pengiklanan tabiat dalam talian.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Dikumpul

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi yang kami peroleh mengenai anda untuk:

  • Memproses transaksi-transaksi bayaran anda (termasuk kebenaran, penjelasan, caj balik dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian)
  • Melindungi dan mencegah penipuan, transaksi-transaksi tanpa kebenaran, tuntutan-tuntutan dan liabiliti-liabilti lain, dan menguruskan pendedahan risiko dan kualiti francais berkenaan dengan intergriti dan keselamatan rangkaian bayaran kami
  • Mewujudkan dan menguruskan mana-mana akaun yang anda mungkin ada dengan kami dan menjawab pertanyaan-pertanyaan anda
  • Menyediakan, mentadbir dan memberitahu anda tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan promosi-promosi Mastercard, pengeluar-pengeluarnya, pemeroleh-pemeroleh, pedagang-pedagang dan rakan-rakan kongsinya (termasuk pertandingan-pertandingan, cabutan bertuah dan mana-mana activiti-aktiviti pemasaran yang lain)
  • Menerbitkan direktori-direktori perniagaan (yang mungkin termasuk maklumat hubungan perniagaan)
  • Mengendalikan, menilai dan meningkatkan perniagaan kami (termasuk membangunkan produk-produk dan perkhidmatan baru; menguruskan komunikasi-komunikasi kami; menentukan keberkesanan dan mengoptimumkan pengiklanan kami; menganalisis produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, laman-laman web, aplikasi-aplikasi mudah alih dan mana-mana aset-aset digital kami yang lain; memudahkan fungsian laman web, aplikasi-aplikasi mudah alih dan mana-mana aset-aset digital kami yang lain; dan menjalankan aktiviti-aktiviti perakaunan, pengauditan, penghantaran bil, penyelarasan dan pungutan)
  • Merahsiakan maklumat peribadi dan menyediakan dan memberikan laporan-laporan data yang menunjukkan maklumat tanpa nama yang diagregatkan, (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: pengumpulan, analisis-analisis, kaedah-kaedah dan model-model analisis dan ramalan, dan laporan-laporan lain yang diagregatkan) bagi tujuan untuk menasihatkan institusi-institusi pengeluaran dan pemerolehan, pedagang-pedagang dan pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan kongsi kami yang lain berkenaan dengan corak-corak duluan dan pada masa depan bagi pembelanjaan, penipuan dan tanggapan-tanggapan lain yang mungkin boleh dipetik daripada data ini
  • Menilai minat anda dalam pekerjaan dan menghubungi anda tentang peluang pekerjaan dengan Mastercard
  • Menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami atau mana-mana hak-hak undang-undang
  • Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai dan peraturan atau dikehendaki oleh mana-mana proses kehakiman atau agensi kerajaan yang mempunyai atau menuntut bidang kuasa ke atas Mastercard atau sekutu Mastercard
  • Mematuhi keperluan undang-undang serta piawaian industri yang terpakai dan dasar-dasar kami

Kami juga mungkin menggunakan maklumat melalui cara lain yang mana kami akan memberikan notis khas pada masa pengumpulan.

Kembali ke atas

Maklumat Peribadi yang Kami Kongsi

Kami tidak menjual atau pun menzahirkankan maklumat peribadi anda yang telah dikumpul, kecuali seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi Global ini atau seperti yang kami zahirkan kepada anda semasa data dikumpul.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang kami kumpul dengan ahli sekutu kami, institusi-institusi kewangan atau entiti-entiti yang lain yang mengisu kad-kad bayaran atau memproses transaksi-transaksi bayaran dan peniaga-peniaga. Kami juga berkongsi maklumat peribadi untuk memproses transaksi-transaksi bayaran dan melaksanakan aktiviti-aktiviti lain yang anda pohon. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan entiti-entiti yang membantu mencegah penipuan kad bayaran, untuk melindungi transaksi-transaksi bayaran daripada penipuan, dan untuk memastikan keselamatan transaksi dan sistem pemprosesan bayaran kami. Sebagai contoh, dalam konteks ini kami membekalkan pengeluar-pengeluar kad dengan maklumat tentang transaksi-transaksi pemegang kad mereka yang diproses oleh Mastercard.

Selain itu, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga yang lain dengan kebenaran anda. Apabila Mastercard bertindak sebagai pembekal perkhidmatan untuk pihak ketiga kami mungkin akan membekalkan kepada mereka maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami bagi pihak mereka.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami. Kami memberikan kebenaran kepada pembekal-pembekal perkhidmatan ini untuk menggunakan atau menzahirkan maklumat hanya sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi pihak kami atau untuk mematuhi keperluan undang-undang. Kami menghendaki pembekal-pembekal perkhidmatan ini secara kontrak untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi yang mereka proses bagi pihak kami.

Mastercard memindahkan maklumat peribadi dalam kalangan kumpulan syarikat-syarikat sekutu Mastercard, tertakhluk kepada terma-terma Notis Privasi Global ini atau sebaliknya seperti yang kami zahirkan kepada anda semasa data dikumpulkan ( contoh melalui program privasi notis spesifik).

Di laman-laman web kami, anda boleh memilih untuk menggunakan ciri-ciri tertentu yang boleh diakses melalui, atau yang mana kami kongsi dengan, entiti-entiti lain yang mana sebaliknya tidak bersekutu dengan Mastercard. Ciri-ciri ini, termasuk rangkaian sosial dan alat lokasi geografi, adalah dikendalikan oleh pihak ketiga, termasuk rangkaian-rangkaian sosial, dan adalah jelas dikenali sebegitu. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan atau berkongsi maklumat peribadi menurut dasar privasi mereka sendiri. Kami sarankan bahawa anda menyemak dasar-dasar privasi pihak ketiga tersebut jika anda ingin menggunakan ciri-ciri yang berkaitan tersebut.

Kami mungkin mendedahkan maklumat anda (i) jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang, (ii) apabila kami percaya pendedahan adalah perlu untuk mencegah kemudaratan atau kerugian kewangan, atau (iii) berhubungan dengan penyiasatan penipuan yang disyaki atau yang sebenar atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kami juga berhak memindahkan maklumat peribadi anda yang ada pada kami jika kami menjual atau memindahkan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami. Sekiranya penjualan atau pemindahan itu berlaku, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mengarahkan penerima pindahan untuk menggunakan maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami dengan cara yang selaras dengan Notis Privasi Global kami. Berikutan dengan penjualan atau pemindahan tersebut, anda boleh menghubungi entiti yang telah kami pindahkan maklumat peribadi anda untuk apa-apa pertanyaan tentang pemprosesan maklumat tersebut.

Kembali ke atas

Hak-Hak dan Pilihan-Pilihan Anda

Anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu berhubung dengan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda. Kami juga menawarkan anda dengan pilihan-pilihan tertentu mengenai jenis maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana kami berkomunikasi dengan anda.

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada Mastercard dengan berhenti daripada menjalankan transaksi-transaksi bayaran. Anda juga boleh berhenti daripada mengemukakan maklumat secara terus kepada kami. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mengemukakan maklumat peribadi semasa diminta, anda mungkin tidak dapat manfaat daripada produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mastercard, dan kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan promosi-promosi.

Anda boleh pilih-keluar daripada pengumpulan dan penggunaan maklumat tertentu, yang dikumpul oleh kami berkenaan dengan anda dengan cara automatik, semasa anda melawati laman-laman web kami. Dalam bidang kuasa yang tertentu, anda boleh membuat pilihan anda melalui alat Keizinan Kuki yang dipaparkan di bahagian bawah kanan di laman-laman web Mastercard. Penyemak seimbas anda mungkin akan memberitahu anda cara untuk dimaklumkan dan untuk pilih-keluar daripada penerimaan jenis-jenis kuki yang tertentu. Selain itu, di laman-laman web Mastercard yang tertentu, kami mungkin akan membekalkan anda dengan pilihan-pilihan lain berkenaan dengan penggunaan kuki. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tanpa kuki anda mungkin tidak dapat memanfaatkan semua ciri laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan kami sepenuhnya.

Anda boleh pilih-keluar daripada kegunaan tertentu maklumat, yang telah kami kumpulkan tentang anda secara automatik apabila anda melawati laman web pihak ketiga dan berinteraksi dengan iklan kami. Kami juga mungkin, menggunakan pembekal-pembekal perkhidmatan untuk pengiklanan di laman web pihak ketiga. Iklan-iklan ini boleh disesuaikan dan dioperasikan berdasarkan kepada penggunaan data yang telah kami (dan rakan kongsi kami) kumpul di laman-laman web dan aplikasi-aplikasi kami. Selain itu, sebahagian daripada pembekal-pembekal perkhidmatan dan rakan-rakan kongsi kami mungkin akan mengumpulkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti dalam talian anda sepanjang masa dan melalui laman web pihak ketiga untuk menyesuaikan dan mengoperasikan iklan-iklan ini. Iklan-iklan Mastercard akan kadangkalanya dioperasikan dengan ikon-ikon yang membantu pelanggan-pelanggan untuk (i) mempelajari dengan lebih lanjut bagaimana data mereka akan digunakan dan (ii) membuat pilihan-pilihan yang mereka mungkin ada berkenaan dengan penggunaan data mereka. Sila klik di sini atau, yang mana sesuai, atas ikon di iklan-iklan kami yang telah disasarkan untuk mengetahui kebolehan anda untuk pilih-keluar atau mengehadkan tabiat penyemak seimbas anda bagi tujuan pengiklanan tabiat dalam talian.

Anda boleh, pada bila-bila masa, memberitahu kami supaya tidak menghantar kepada anda komunikasi pemasaran melalui e-mel dengan mengklik pautan henti-langgan dalam e-mel pemasaran yang anda terima daripada kami atau dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima e-mel pemasaran daripada Mastercard dengan mengklik di sini.

Seperti yang dinyatakan di atas, kami boleh merahsiakan maklumat peribadi untuk melaksanakan analisis data. Untuk pilih keluar daripada kerahsiaan sebegitu, klik di sini.

Jika majikan anda memberikan maklumat peribadi anda kepada Mastercard, anda mungkin mempunyai pilihan-pilihan tertentu berkenaan dengan penggunaan atau penzahiran maklumat oleh Mastercard. Sila hubungi majikan anda untuk mengetahui dan untuk membuat pilihan anda.

Setakat mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang sedia ada, anda boleh menarik balik apa-apa kebenaran yang pernah anda berikan kepada kami, atau membantah pada bila-bila masa atas alasan-alasan yang sah, terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami akan mengguna pakai keutamaan anda pada masa hadapan. Dalam sesetengah keadaan, dengan menarik balik kebenaran anda terhadap penggunaan atau penzahiran maklumat peribadi anda oleh Mastercard, anda tidak menerima manfaat daripada produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan tertentu daripada Mastercard.

Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, anda mungkin mempunyai hak untuk: mendapatkan pengesahan penyimpanan maklumat peribadi tentang anda oleh kami, memohon akses kepada dan menerima maklumat berhubung dengan data peribadi yang disimpan oleh kami tentang anda, menerima salinan-salinan maklumat peribadi yang disimpan oleh kami tentang anda, mengemas kini dan membetulkan ketidaktepatan data peribadi anda, membantah ke atas pemprosesan maklumat peribadi anda dan menyekat, merahsiakan atau memadam maklumat sewajarnya. Hak untuk mengakses maklumat peribadi mungkin dihadkan dalam keadaan-keadaan tertentu oleh keperluan undang-undang tempatan. Untuk melaksanakan hak-hak tersebut, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

Untuk mengemaskini keutamaan-keutamaan anda, meminta kami untuk memadam maklumat anda daripada senarai-senarai mel atau untuk mengemukakan satu permintaan untuk mengakses, mengemaskini, membetulkan atau memadamkan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

Sekiranya kami gagal mencapai jangkaan anda dalam pemprosesan maklumat peribadi anda atau anda ingin membuat aduan tentang amalan-amalan privasi kami, sila memaklumkan kepada kami kerana ianya memberi peluang kepada kami untuk membetulkan masalah tersebut. Anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan butiran-butiran hubungan yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana Hendak Menghubungi Kami" di bawah. Untuk membantu kami membalas permintaan anda, sila berikan butiran-butiran penuh tentang isu tersebut. Kami akan menyemak dan membalas kepada semua aduan-aduan dalam tempoh masa yang munasabah.

Jika anda memberikan kami apa-apa maklumat atau bahan yang berkaitan dengan individu lain, anda harus memastikan bahawa perkongsian dengan kami dan penggunaan selanjutnya oleh kedua-dua pihak seperti mana yang dijelaskan kepada anda dari semasa ke semasa adalah selaras dengan undang-undang, misalan seperti anda perlu memaklumkan sewajarnya kepada individu mengenai pemprosesan data peribadi beliau dan mendapatkan kebenarannya, sepertimana yang dikehendaki di bawah undang-undang.

Kembali ke atas

Pindahan-pindahan Data Antarabangsa

Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda kepada penerima-penerima di negara-negara selain negara-negara di mana maklumat itu pada asalnya dikumpulkan, termasuk Amerika Syarikat. Negara-negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda memberikan maklumat tersebut pada awalnya. Apabila kami memindahkan maklumat anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Global ini atau seperti yang diterangkan kepada anda pada masa data dikumpul (contohnya melalui program notis privasi khusus).

Jika anda berada di Lingkaran Ekonomi Eropah (“European Economic Area”) atau Switzerland, kami mematuhi keperluan undang-undang yang sedia ada yang memberikan perlindungan secukupnya untuk pemindahan maklumat peribadi ke negara-negara di luar Lingkaran Ekonomi Eropah atau Switzerland. Mastercard adalah diperakui di bawah rangka kerja privasi Perlindungan Selamat (‘Safe Harbour’) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, Suruhanjaya Eropah dan Switzerland mengenai pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pemindahan dan pemprosesan lain maklumat peribadi yang dipindahkan dari Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland ke Amerika Syarikat. Klik di sini untuk melihat Dasar Privasi Perlindungan Selamat (‘Safe Harbour Privacy Policy’) kami.

Kembali ke atas

Bagaimana Kami Memegang dan Melindungi Maklumat Peribadi

Keselamatan maklumat peribadi anda adalah penting bagi Mastercard. Kami adalah komited untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan. Kami mengekalkan perlindungan-perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang dirangka untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berikan atau yang kami kumpulkan daripada kemusnahan yang tidak disengajakan, yang menyalahi undang-undang atau yang tidak dibenarkan, kehilangan, pengubahan, akses, penzahiran, atau penggunaan. Kami menggunakan penyulitan SSL di beberapa laman web kami di mana kami memindahkan maklumat peribadi yang tertentu.

Mastercard menyimpan maklumat peribadi hanya bagi tempoh selagi ianya adalah perlu bagi pemenuhan tujuan-tujuan di mana maklumat peribadi itu dikumpulkan, melainkan ianya diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang sedia ada. Kami mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan atau secara kekal untuk tidak-dikenalpasti maklumat peribadi jika diperlukan oleh undang-undang atau jika maklumat itu adalah tidak lagi diperlukan bagi tujuan dikumpul oleh kami.

Kembali ke atas

Pautan-pautan ke Laman-Laman Web Lain

Laman web kami mungkin menyediakan pautan-pautan kepada laman-laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman web ini mungkin beroperasi secara bebas daripada Mastercard. Laman-laman pautan mungkin mempunyai notis-notis atau dasar-dasar privasi mereka sendiri, di mana kami sarankan supaya anda menyemaknya jika anda melawat mana-mana laman web yang dipautkan. Setakat mana laman-laman web yang dipautkan yang anda lawati tidak dimiliki atau dikawal oleh Mastercard, kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web, apa-apa penggunaan laman web atau amalan privasi laman-laman web.

Kembali ke atas

Pengemaskinian Notis Privasi Global Kami

Notis Privasi Global ini akan dikemas kini secara berkala dan tanpa notis terlebih terdahulu kepada anda untuk menunjukkan perubahan dalam amalan-amalan maklumat peribadi kami. Kami akan menyiarkan notis yang dapat dilihat dengan jelas dalam laman-laman web kami yang berkenaan untuk memaklumkan kepada anda tentang apa-apa perubahan penting kepada Notis Privasi Global kami dan akan ditandakan pada bahagian atas Notis tersebut setakat mana ia dikemas kini. Jika kami mengemaskini Notis Privasi Global kami, dalam keadaan tertentu, kami mungkin akan meminta kebenaran anda.

Kembali ke atas

Bagaimana Hendak Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau komen tentang Notis Privasi Global ini, amalan-amalan privasi Mastercard atau jika anda mahu kami mengemaskini maklumat atau keutamaan yang anda berikan kepada kami, sila klik di sini. Anda juga boleh e-mel kami di privacyanddatausage@mastercard.com; atau menulis kepada kami di:

Global Privacy & Data Usage Officer
Mastercard Worldwide
2000 Purchase Street
Purchase, New York 10577
USA

Untuk membantu kami membalas permintaan anda, sila berikan butiran-butiran isu secara penuhnya. Kami akan cuba untuk menyemak dan membalas kepada semua aduan dalam tempoh masa yang munasabah. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara balasan kami, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang sedia ada, anda boleh membawa aduan anda kepada perhatian pengawal selia yang berkuatkuasa yang sedia ada dalam negara anda.